Sayup hati bila lihat individu berkeliaran yang umpama tiada masa depan. Aku membayang andaikan akulah ditempat mereka, apa akan jadi pada diri aku? bagaimana hidup aku tanpa orang tua ? orang tua yang sering aku berkelakuan tidak sopan, sering aku kurang ajar, sering aku tunjukkan biadap dek kerana EGO. Mungkin aku ibarat daun ditepi jambatan andaikan tiada mereka disamping aku. Datangnya angin, ringannya aku dan tenggelam aku ke dasar. Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka meskipun aku selalu angkuh pada perintah Dia yang telah kurniakan aku dua orang insan yang bertanggungjawab untuk membesarkan zuriat mereka. Tuhan, maafkan segala dosa besar ku ini, Kau tunjukkanlah aku kejalan yang Engkau redhai. Aku amat perlu pertolongan Darimu kerana aku perlukan keinsafan untuk diriku, untuk aku tunduk dan taat kepadaMU serta kedua ibu bapaku. Terima kasih kerana mengurniakan aku pasangan ini ( Mustaffa bin Hj Razali & Siti Malinah binti Jawaher )